Rahsia Mengambil Gambar Majlis Perkahwinan
Saya sendiri faham bagaimana perasaan seseorang fotografer perkahwinan apabila gambar-gambar yang dihasilkan tidak dapat memuaskan hati klien mereka. Kalau dah klien bayar anda mahal-mahal, tentulah anda ingin menghasilkan gambar-gambar yang world class, yang unik, yang cantik dan yang ada rakaman saat-saat atau moment tertentu.
Bila anda sudah berulang-ulang kali bertugas merakamkan majlis perkahwinan – tak kira Melayu, Cina atau India – tentu anda amat bosan apabila pulang ke rumah melihat hasil gambar anda seakan-akan sama atau repetition dari satu assignment ke assignment yang lain.
Anda tentunya tidak mahu :
- menghasilkan gambar-gambar ala stail fotografer lama yang tidak baru atau trendy.
- bakal-bakal klien anda tidak teruja apabila melihat hasil kerja anda.
- menghasilkan gambar-gambar yang sama seperti competitor anda.
- menghasilkan gambar yang tidak berkualiti.
- terlepas merakamkan saat-saat indah yang hanya terjadi sekali sahaja.
Sebagai seorang fotografer perkahwinan, sudah semestinya anda:
- inginkan hasil gambar yang unik dari segi teknikal dan artistik.
- inginkan stail anda sendiri.
- ingin merakamkan saat-saat penting bagi klien anda supaya mereka menghargai anda.
- ingin memberi satu kepuasan kepada klien anda apabila mereka melihat hasil kerja anda di majlis mereka.
- inginkan kepuasan hati apabila dapat merakam saat-saat atau moment yang berlaku dengan senangnya.
- mahukan perasaan tidak bosan apabila setiap hujung minggu bertugas sebagai fotografer perkahwinan.
- mahukan booking dari bakal-bakal klien yang sukakan hasil kerja anda.
- ingin maju ke hadapan mengalahkan competitor anda dengan hasil kerja yang lain dari yang lain!
Saya telah merasai dan melalui semuanya. Dulu masa di awal-awal karier saya, saya kerap buntu untuk menghasilkan imej yang lain dari assignment saya yang sebelumnya. Kadang kalanya, saya sendiri menjadi bosan apabila saya hanya dapat menghasilkan imeh yang agak tidak menepati kehendak saya. Saya juga pernah termiss saat-saat penting di dalam sebuah majlis perkahwinan dan ini membuatkan saya merasa down
Tetapi secara sedikit demi sedikit, saya berjaya menghasilkan stail saya sendiri. Saya juga berjaya menghasilkan beberapa formula atau standard operating precedure pada setiap tugasan saya. Saya belajar dari kesilapan dan banyak membuat kajian untuk menghasilkan imej-imej perkahwinan nak menarik untuk klien saya.
Memperkenalkan eBook “25 Rahsia Mengambil Gambar Majlis Perkahwinan“.Ebook ini :
- mengandungi 25 rahsia besar yang saya gunapakai semasa bertugas.
- setebal 38 mukasurat dipenuhi dengan gambar-gambar berwarna serta deskripsi bagaimana saya dapat menghasilkan imej tersebut.
- ditulis oleh saya sendiri dan menggunakan imej-imej yang telah saya hasilkan sepanjang karier saya sebagai seorang fotografer perkahwinan antarabangsa.
- ditulis dengan bahasa Malaysia yang senang difahami.
- mengandungi tip-tip yang boleh dipraktikkan oleh anda semasa anda bertugas.
- anda akan dapat belajar bagaimana saya menghasilkan imej-imej yang berkualiti tinggi.
- merangkumi contoh-contoh gambar dari majlis perkahwinan pelbagai kaum – Melayu, Cina, India dan juga mat salleh.
- gambar-gambar yang besar untuk anda enjoy melihatnya dan mungkin anda dapat menirunya!
eBook ini sangat unik kerana ia mengandungi hasil kerja saya sendiri sepanjang saya menjadi fotografer perkahwinan sejak 2006. Saya guna gambar-gambar saya sendiri supaya anda dapat pelajari teknik-teknik yang saya gunapakai.


